Setiap perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kelab hendaklah diminitkan iaitu direkodkan untuk rujukan semua ahli. Dengan itu setiap ahli akan lebih peka tentang aktiviti yang akan / sedang / telah dilaksanakan.
KELAB USAHAWAN PAPPADEN adalah kelab utama atau kelab induk yang menunjuk ajar kaedah-kaedah asas penubuhan kelab-kelab dalam syarikat Idelogi Niaga Baharudin Ali Hamzah (001774164-P). Kelab Usahawan Pappaden sendiri adalah sebuah kelab dalam syarikat. Matlamat utama penubuhan kelab adalah untuk menggiatkan ahli-ahli yang terlibat dalam pembabitan aktiviti berfaedah bukan sahaja kepada diri sendiri & kelab, tetapi juga kepada masyarakat secara amnya. Perlaksanaan aktiviti akan dijalankan setelah mendapat persetujuan bersama dalam mesyuarat kelab dan tidak menyalahi mana-mana peraturan dengan kos-kos yang akan ditanggung oleh kelab sendiri.
Contoh minit mesyuarat kelab akan dipaparkan dalam blog ini untuk panduan/rujukan anda kelak.
|